LIVE BAND UNPLUGGED SEMASA RESEPSI PERKAHWINAN SASHA DAN CHUNSON BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR GOLF AND COUNTRY CLUB (KLGCC) BUKIT KIARA PADA 31 MEI 2015

Pada 1 Mei 2015 saya dihubungi oleh Wedding Planner Mumtaz berkenaan satu majlis resepsi antara Sasha dan Chunson yang akan berlangsung pada 31 Mei 2015. Pada mulanya saya diminta hanya menyediakan pasukan kompang dalam Majlis ini. Namun pada 22 Mei Mumtaz menghantar mesej whatsapp kepada saya yang bakal pengantin juga berminat untuk menggunakan live band unplugged kumpulan saya dalam majlis ini.

Selepas itu satu pertemuan telah diadakan di KLGCC untuk membincangkan perkara ini. Semasa pertemuan itu saya telah menunjukkan video contoh persembahan live band unplugged kami yang pernah membuat persembahan di Mandarin Oriental pada 31 Ogos 2015. En Chun Son terus bersetuju dengan idea tersebut dan membuat bayaran deposit untuk block tarikh majlis tersebut.

Kumpulan saya memang sudah bersedia dengan senarai lagu untuk majlis perkahwinan yang sesuai dengan acara majlis perkahwinan. Daripada lagu-lagu cinta inggeris, Melayu, Jazz malahan lagu perkahwinan melayu juga telah pernah kami persembahkan.

Berikut adalah beberapa gambar-gambar yang diambil semasa persembahan berlangsung..












Beberapa video yang sempat diambil..

 

Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.
Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...