Tarian Tradisional Melayu semasa Acara UWCA & MCCMPK Premier Gala Dinner 2015

Baru sahaja sebentar tadi kumpulan Anjung Tradisi selesai membuat persembahan tarian  Tradisional Melayu dan sambutan pasukan kompang semasa Acara UWCA & MCCMPK Premier Gala Dinner 2015 bertempat di Grand Ballroom KLCC. Kami membuat persembahan 3 tarian iaitu Dia datang, Zapin Bunga Hutan dan Joget Jambu Merah.



Saya dihubungi oleh Miss bird 3 minggu lepas yang mana beliau meminta saya menghantar sebuthara untuk persembahan 3 tarian Melayu tradisional dan pasukan kompang katanya. Selepas saya menghantar sebutharga, beliau ada membuat rundingan mengenai harga. Setelah mengambil kira lokasi persembahan di KL sahaja dan kami pun belum ada pengesahan persembahan pada 22 mac 2015, saya pun bersetuju dengan harga yang diminta oleh Miss Bird. Walaupun sebenarnya harga yang dikurangkan tidaklah jauh berbeza dari apa yang kami berikan pada awalnya.

Selang 3 hari selepas itu, Miss Bird menghubungi saya yang syarikatnya telah memasukkan deposit 50% ke dalam akaun Anjung Tradisi. Jadi bila pengesahan melalui deposit diberikan, terpaksalah saya tolak persembahan lain sekiranya ada yang minta selepas itu.



Miss Bird terus memaklumkan yang kami peru berada di KLCC jam 4 petang untuk sesi raptai. Petang semalam kami sampai awal dalam jam 3.30 petang dan setelah melihat pentas masih kosong tiada siapa yang membuat latihan, kami ambil kesempatan buat spacing dan terus melakukan latihan penuh dengan muzik. Selepas selesai semuanya kami terus ke KLCC untuk makan malam dan membuat persediaan di Dressing room pada jam 6.30 petang. Kami standby pada jam 8 malam.


 Antara Aksi penari Anjung Tradisi

Setelah beberapa acara selesai kami pun membuat persembahan pada jam 9.45 malam. Selesai persembahan, delegasi dari persatuan Cina Sedunia ini memberi tepukan gemuruh kepada kami. Majlis ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri kewangan, Timbalan Menteri Luar Negeri dan Timbalan Menteri perdagangan dan Industri.










Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

#wedding #royalshow #weddingliveband #perkahwinan  #diraja #SultanPahang #GhazalKualaLumpur #Tradisional #Kebudayaan #Kesenian #hariraya #aidilfitri

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...