Live Band Ghazal di majlis berbuka Puasa Malaysian Marine and Heavy Engineering Berhad pada 17 julai 2014 di KLCC


Alhamdulillah. Selesai persembahan Ghazal Anjung Tradisi di majlis berbuka puasa Malaysia Marine and Heavy Engineering Holding Berhad (MHB) DI KLCC sebentar tadi.

Persembahan yang berlangsung dari jam 6.30 petang, berhenti pada jam 7.00 mlm bagi menatikan detik berbuka puasa dan bersambung pada 8 malam sehingga tamat jam 10.00 malam. Memang kepenatan. tetapi itulah komitmen kumpulan kami membuat persembahan untuk apa jua acara dengan maksima selama 3 set dan setiap set adalah 45 minit.



Ada berbagai lagu yang kami telah persembahkan. Ada dari lagu hari raya.Almaklumlah hari raya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Lagu-lagu berentak arab dan masri, Persembahan lagu tradisional hinggalah lagu lagu evergreen kesukaan ramai pada satu masa dahulu.

Cuma kali ini atas permintaan penganjur kami hanya boleh membuat persembahan instrumental dengan tujuan untuk menghormati waktu menunggu waktu berbuka serta menjadikan muzik yang dimainkan sebagai halwa telinga jemputansahaja. Ada benarnya sebab-sebab yang dikemukakan oleh penganjur. kami hormati permintaan penganjur.


Bagaimanapun setelah tetamu agak berkurangan pada jam 9.15 malam. Oleh sebab itu kami pun jamming dengan nyanyian lagu-lagu tradisional serta lagu hari raya. Pada waktu ini kelihatan urusetia agak menghayati persembahan kami dan memberikan tepukan gemuruh pada setiap selesai sesuatu lagu.

Bagaimanapun terima kasih puan Sharifah Khairin kerana cadangkan kumpulan kami untuk terlibat dalam acara ini. Layanan daripada pihak puan juga sangat baik terutama memberikan kami sebuah meja untuk ahli kumpulan kami berbuka puasa bersama jemputan puan. Terima kasih sekali lagi.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Boleh juga melawat laman youtube channel kami untuk melihat rakaman persembahan kami sebelum ini.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisiTradisii

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...