PERSEMBAHAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA UNTUK RUMAH TERBUKA HARI RAYA EKSKLUSIF

Alhamdulillah, seperti biasa kumpulan kesenian Anjung Tradisi akan dihubungi seterusnya ditempah untuk persediaan syarikat dan Jabatan Kerajaan yang menganjurkan rumah terbuka hari raya. Buat waktu ini semakin banyak tarikh sewaktu bulan sambutan hari raya telah ditempah.

Kumpulan kami ingin mengucapkan setinggi perhargaan kepada semua syarikat dan jabatan kerajaan yang telah memberi pengesahan penglibatan kumpulan kami dalam acara yang dianjurkan. Kepercayaan yang telah diberikan akan kami balas dengan membuat persembahan yang bersungguh-sungguh dan penuh komitmen.

Sehingga ke hari ini, yang paling popular ditempah untuk rumah terbuka hari raya adalah kumpulan Ghazal dan Tarian tradisional. Mungkin harga yang kami tawarkan dianggap berpatutan. Syukur. Bagaimanapun kumpulan Anjung Tradisi masih ada kumpulan muzik lain yang mungkin bersesuaian dengan acara bersifat antarabangsa. Yang mana sekiranya tetamu yang dijemput adalah terdiri daripada pelanggan dari seluruh dunia. Lebih baik menggunakan kumpulan muzik 1Malaysia Anjung Tradisi.



Kumpulan Muzik 1Malaysia Anjung Tradisi terdiri daripada pemuzik dan alatan muzik bebilang kaum di Malaysia. Daripada gambus (Melayu), erhu, Yanqin (Cina), Sitar (India) dan Sape (Borneo) serta alatan moden lain yang menjadikan kumpulan muzik ini amat unik serta menggambarkan masyarakat Malaysia. Kumpulan ini merupakan satu-satunya kumpulan muzik berbentuk sebegini di negara kita. Pemuzik yang terlibat pula adalah pemuzik profesional sepenuh masa dan antara yang terbaik di negara kita yang mana mereka semua berkemampuan membaca notasi muzik dengan baik serta mampu mempersembahkan artistik muzik dengan nilai yang tinggi.

Lagu-lagu yang boleh dimainkan juga berbagai. Dari lagu tradisional Melayu Cina India dan Borneo kepada lagu-lagu standard antarabangsa.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami boleh menghubungi saya seperti maklumat dibawah.

Boleh juga melawat laman youtube channel kami untuk melihat rakaman persembahan kami sebelum ini.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi
Youtube : www.youtube.com/user/AnnjungTradisiTradisiisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...