KESENIAN TRADISIONAL KITA MASIH ADA HARAPAN?

Pengalaman berada di Bali baru baru ini semasa menghadiri persidangan kesenian tradisional antarabangsa memang membuka mata saya. Saya kerap membanding-bandingkan apa yang diamalkan disana dengan kesenian tradisional negara kita. Buat yang pernah ke Bali pasti dapat melihat sendiri bagaimana seni ukir, Muzik, Drama Tari, Tarian di sana yang sangat aktif mengadakan persembahan dan sentiasa penuh dengan penonton. Dari pagi hingalah ke malam hari. Malahan terdapat berpuluh-puluh tempat mengadakan persembahan kesenian tradisional di sana yang sentiasa ada persembahannya. Serta terbukti bahawa kesenian tradisional mereka yang aktif itu memberikan pulangan dari segi ekonomi kepada penduduk setempat melalui pelancongan. Keindahan pulau Bali itu satu hal juga tetapi aktiviti kesenian ini juga menjadi punca kehadiran pelancong ke sana.

Bagaimana pula di negara kita Malaysia. Kita ada tarian Melayu yang terlalu banyak untuk disebut. Selain dari zapin, joget dan inang yang popular dan tarian dari Borneo Sabah dan Sarawak. Kita juga kaya dengan muzik tradisional dari ghazal, gamelan melayu, caklempong serta muzik etnik dari Borneo. Memang tak terulis banyaknya. Kita juga ada Drama Tari yang banyak seperti Makyong yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Menora, Randai di Negeri Sembilan dan lain lain lagi. Tak termasuk wayang kulit yang ada beberapa jenis dan antaranya sudah pupus kerana tiada pewarisnya lagi.

Cuba kita lihat persembahan tradisional di negara kita. Boleh dikatakan lesu dan tidak bermaya. Sewaktu negara lain bangga dengan kesenian tradisional mereka. Di persembahkan di merata-rata tempat dalam negara mereka. Di negara kita kesenian tarian dan muzik tradisional semakin hari semakin hilang tanpa pewaris lagi. Agak sukar memperolehi kumpulan muzik dan penari tradisional yang benar benar profesional dan mampu mengadakan persembahan tradisional dengan kualiti yang tinggi.

Atas sebab ini juga kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini kami tubuhkan. Pertamanya kami ingin menyemarakkan kesenian tradisional Melayu. Seterusnya membentuk pelapis yang dapat meneruskan kesinambungan kesenian tradisional kita. Walaupun buat waktu ini persembahan kami masih terhad iaitu persembahan tarian tradisional dan muzik tradisional seperti Gamelan dan muzik Ghazal. Kami berhasrat ingin menjadikan profession kesenian tradisional ini menjadi satu kerjaya profesional dan boleh menjadi sumber ekonomi seperti apa yang telah dicapai oleh Pulau Bali. Alhamdulillah setakat ini, pelanggan yang pernah menggunakan khidmat kami tidak pernah kecewa dengan persembahan kami.

Ahli kumpulan kami merupakan penggiat seni tradisional profesional sepenuh masa. Ada yang tidak terikat dengan mana-mana kumpulan atau organisasi. Ada juga yang masih berkerja di Institusi diiktiraf di dalam bidang kesenian dan kebudayaan seperti di Istana Budaya, DBKL, Menara KL dan juga bekas ahli PPAG di Petronas. Ada antara ahli kumpulan kami juga merupakan graduan muzik dan tari dari ASWARA dan Uitm.

Melalui kumpulan Anjung Tradisi, karyawan ini kami kumpulkan serta beri harapan supaya kesenian tradisional negara kita masih ada ruang untuk dikembangkan. Dengan harapan satu hari nanti, persembahan kesenian tradisional akan sentiasa menjadi pilihan dalam apa juga acara antarabangsa di Malaysia serta di restoran-restoran yang mempunyai ruang persembahan serta berada di mana-mana lokasi tumpuan pelancong.

Kumpulan Anjung Tradisi akan berusaha untuk menjadi penggiat yang menjayakan hasrat tersebut.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami boleh menghubungi saya seperti maklumat dibawah.

Boleh juga melawat laman youtube channel kami untuk melihat rakaman persembahan kami sebelum ini.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Menguruskan Aliran Tetamu dan Crowd Control dalam Majlis Perkahwinan

Pengurusan aliran tetamu dan kawalan kesesakan yang efektif adalah penting untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar dan selesa u...