PAKEJ PERSEMBAHAN DUET SITAR DAN TABLA BAGI ACARA SAMBUTAN DEEPAVALI TM PADA 3 NOV 2016 BERTEMPAT DI MENARA TM BANGSAR


Pada 3 nov 2016 baru baru ini, kumpulan duo Sitar dan tabla anjung tradisi telah dijemput oleh TM untuk menghiburkan tetamu bersempena sambutan hari Deepavali TM bertempat di Menara TM. Kami mengadakan persembahan 2 buah lagu iaitu raga hamsadwadi (lagu Diwali) dan lagu Kristal (lagu korporat TM). Majlis ini turut disertai oleh Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa Managing Director/Group Chief Executive Officer TM. Pemuzik Sitar dan tabla kumpulan kami berbangsa Melayu menyebabkan penonton berbangsa India di dalam acara ini menyuarakan kegaguman mereka atas kecekapan pemuzik anjung tradisi yang berbangsa Melayu yang boleh memainkan alat muzik tradisional India dengan begitu baik. Sebenarnya kedua pemuzik ini memang mendapat latihan secara profesional oleh pakar sitar dan tabla di Temple of Fine Arts. Tan Sri Dato’ Sri Zamzamzairani Mohd Isa  juga sempat mencuba alat muzik sitar di penghujung acara berlangsung. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara.












Kumpulan muzik tradisional duet Sitar / Tabla Anjung Tradisi bersedia menerima tempahan bagi tujuan majlis perkahwinan dan acara korporat seperti makan malam, pelancaran dan hari raya. Tuan puan boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila nyatakan nama, tarikh acara, masa acara, tempat acara/majlis dan alamat emel untuk saya hantarkan sebutharga, HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN.

Ain
0132674462 (Whatsapp)
anjungtradisi@gmail.com

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...