ANGKLUNG CONTEMPORARY ENSEMBLE DI MAJLIS HARI RAYA KEMENTERIAN ASAS TANI DI MAEPS PADA 21 JULAI 2016


Pada 21 Julai yang lepas, Angklung Contemporari Ensembel Anjung Tradisi telah dipilih untuk menghiburkan jemputan majlis rumah terbuka hari raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mana turut dihadiri oleh menteri iaitu Dato Sri Shaberry Chik. Majlis ini berlangsung di MAEPS Serdang. Ensembel unik ini dipilih oleh penganjur selepas mereka telah menyaksikan persembahan pertama kami di Majlis pelancaran makan malam Prasarana 2 bulan yang lalu. Ensembel ini unik kerana susunan alatan muziknya agak berbeza yang menggabungkan alatan muzik tradisional dan moden seperti Angklung, Gamelan, violin,  Perkusi Melayu, Keyboard dan Bass. Kami berani menyatakan bahawa ini merupakan satu-satunya ensembel sebegini di Malaysia. Sungguh pun ensembel ini dianggap baru tetapi kami tetap menjaga mutu muzik yang dihasilkan yang mana setiap lagu yang dipersembahkan telah ditulis notasi muziknya terlebih dahulu. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.







Berikut pula beberapa video yang sempat dirakam..





Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan

HUBUNGI SEKARANG UNTUK TEMPAHAN!!!!!!

Ain
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
web: www.ghazalperkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...