TEMPAHAN PAKEJ PERSEMBAHAN LIVE BAND GHAZAL DAN TARIAN TRADISIONAL BULAN PUASA RAMADAN DAN HARI RAYA 2016 MASIH DITERIMA

Alhamdulillah sejak sebelum bulan ramadan lagi kami telah menerima banyak pertanyaan tempahan untuk persembahan pada bulan puasa dan bulan hari raya pada tahun ini. Namun masih ada beberapa tarikh yang kami masih boleh menerima tempahan. Ada juga penganjur dan orang persendirian yang masih belum membuat pengesahan penglibatan kumpulan kami dengan membayar deposit atau PO/LO pengesahan seperti yang diperlukan. Oleh itu tuan puan masih boleh membuat tempahan kumpulan kami untuk acara korporat atau majlis perkahwinan bergantung kepada tarikh dan perbincangan seterusnya persetujuan bersama nanti. Pihak kami bersedia untuk berbincang mengikut keperluan tuan/puan dan juga bajet yang diberitahu kepada kami nanti. Selamat Berbuka Puasa daripada kami.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Ain
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
web: www.ghazalperkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...