PAKEJ PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU BERSEMPENA BULAN RAMADAN DAN HARI RAYA ENDAH PARADE PADA 18 JUN 2016

Persembahan mingguan tarian tradisional melayu ini berlangsung semasa bulan ramadan dan hari raya  pada 18 Jun 2016  bertempat di Endah Parade Sri Petaling. Kami mengadakan 5 persembahan tarian iaitu Selamat Datang, Kain Songket, Zapin Melayu, Joget Cabuk Cabuk Bertali Rambai dan Zapin Ya Salam. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil.



















Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi (Ain)
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.ghazalperkahwinan.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF