PERSEMBAHAN ENSEMBEL KONTEMPORARI SEMASA GALA DINNER PRASARANA DI 16TH UITP ASIA PACIFIC ASSEMBLY BERTEMPAT DI HOTEL SHANGRILA KUALA LUMPUR PADA 17 MEI 2016


Semalam pada 17 Mei 2016 kumpulan Live band ensembel kontemporari (Contemporary Ensemble) kami telah mengadakan persembahan pembukaan semasa  Gala Dinner PRASARANA 16TH UITP ASIA PACIFIC ASSEMBLY bertempat di Hotel Shangrila Kuala Lumpur.  Pada 10 Mei 2016, En Azhar dan Cik Geraldine daripada syarikat pengurusan acara X2 telah menghubungi kumpulan Anjung Tradisi untuk berbincang mengenai persembahan pembukaan yang bersesuaian untuk acara Gala Dinner ini nanti. Hasil daripada perbincangan tersebut, persetujuan untuk mengadakan sebuah persembahan yang menggunakan Ensembel Kontemporari yang alat muziknya terdiri daripa perkusi Melayu, Angklung dan Gamelan. Lagu yang akan digunakan dalam persembahan ini nanti adalah Can't take My Eyes Off You selama 4 minit. Ini merupakan kali pertama gabungan alat muzik sebegini digunakan dalam satu satu persembahan. Keunikan ensembel ini telah membuatkan tetamu yang hadir memberikan tumpuan sepenuhnya semasa persembahn berlangsung. Berikut beberpa gambar dan video semasa acara berlangsung.

Angklung yang digunakan semasa persembahan



Pemuzik Live Band Ensembel Kontemporari Anjung Tradisi


Semasa persembahan







Video Persembahan



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan mode n dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain
Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF