LIVE BAND TRIO UNPLUGGED DAN TARIAN KANAK KANAK SEMASA PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN DI DEWAN MERAK KAYANGAN PADA 14 NOV 2015

Puan Maimunah ibu kepada pengantin menghubungi saya seminggu sebelum acara berlangsung iaitu 14 Nov. Yang mana agak bernasib baik kami masih belum mengambil mana mana persembahan pada tarikh tersebut. Kami berjumpa di The Curves pada 6 Nov yang turut disertai oleh Pengurus Jamilah iaitu Pak Abu Bakar Ismail. Selepas saya menayangkan video persembahan terdahulu kami, serta melihat akan faktor bajet akhirnya keluarga pengantin bersetuju untuk menggunakan khidmat live band trio unplugged beserta penyanyi Jamilah Abu Bakar dan tarian kanak kanak kami seterusnya deposit dibayar untuk pengesahan. Sekali lagi kami bertemu pada 12 Nov di Dewan Merak Kayangan bagi membincangkan perincian aturcara majlis persembahan yang turut dihadiri oleh rakan rakan bapa pengantin dari ATM. Apa yang menarik kali ini persiapan pada hari majlis dilakukan dalam waktu yang amat singkat iaitu 3 jam sahaja. Oleh kerana Dewan Merak Kayangan juga digunakan untuk majlis perkahwinan pada siangnya. walaupun demikian kami sempat juga membuat sesi soundcheck sebelum tetamu sampai pada jam 7.30 malam. Berikut beberapa gambar dan video semasa acara berlangsung yang diambil oleh Fatin.










Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi


Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF