PAKEJ PERSEMBAHAN KESENIAN PERKAHWINAN NAFIS DAN FARAH DI RITZ CARLTON HOTEL PADA 18 OKT 2015


Alhamdulillah pada 18 Oktober 2015 yang lepas saya telah diberi kepercayaan oleh En Nafis dan Isterinya Farah untuk saya menyediakan beberapa pakej persembahan semasa Majlis resepsi perkahwinan mereka bertempat di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur http://www.ritzcarlton.com/. en Nafis telah meminta saya menyediakan:

1. Live band
2. Kumpulan Gamelan
3. Trio strings (Violin, Viola dan Cello)
4. Kumpulan Tarian
5. Sound system
6. Emcee (Amylea AF dan Ahdan Salleh Raja Lawak)
7. Pemain Piano
8. Pengurus Pentas dan Krew Acara.


Tugasan kali ini agak mencabar bagi saya kerana boleh dikatakan semua ahli kumpulan kesenian anjung Tradisi terlibat dalam majlis perkahwinan ini. Keseluruhan team Anjung Tradisi kali ini adalah seramai 32 orang. Termasuk 3 pembantu pengurusan acara.Tahniah En Nafis dan Farah. Selamat pengantin baru dan kami doakan semoga berkekalan hingga ke anak cucu.

Yang paling menarik perhatian kami adalah En Nafis dan pasangannya sangat mesra dan sangat merendah diri kepada semua tetamu termasuk kami. Malahan aturcara yang mereka sediakan sangat ringkas serta mereka memang merancang untuk majlis ini mereka sentiasa berada dikalangan saudara mara dan bersedia untuk sesi bergambar serta beramah mesra. Boleh dikatakan ini merupakan pengantin yang paling sempoi yang pernah kami jumpa. Walaupun baru saling mengenali tetapi mereka berdua melayan kami seperti kawan baik yang telah lama dikenali. Terima kasih En Nafis dan Farah ya. Betapa meriahnya majlis Nafis dan Farah dengan adanya kumpulan kami hehehe.


Saya dihubungi oleh Farah lebih kurang sebulan yang lalu yang mana seminggu selepas itu Farah terus membayar deposit untuk booking kami. Pertemuan berlangsung seminggu yang lepas di Ritz Carlton yang mana beberapa penambahan persembahan telah diminta oleh En Nafis.

Beberapa gambar yang sempat diambil oleh Ain dan Noor semasa acara berlangsung.

Penari anjung Tradisi sedang beraksi 3 jenis tarian.





 

 Strings Trio sedang menghiburkan tetamu dilobi Ritz Carlton.



Sempat bergambar bersama pengantin...


 

 Kumpulan Gamelan di dalam dewan...



 

 Haa ini saya dan Jamilah menghiburkan tetamu semasa majlis berlangsung. banyak juga lagu kami nyanyi dari jam 11 pagi hingga 3 petang.





Betapa sporting pengantin kali ini... sempat jamming semasa sesi rehearsal... sedap juga suara En Nafis..... lepas ni kalau ada kesempatan memang nak jamming lagi...





 

 Masih ingatkah dengan Amylea AF?... mereka emcee majlis kali ini. 




 

Yang ini pula bolehlah dikatakan "Bahizal Angels". Pembantu saya yang sentiasa berusaha keras untuk menjayakan apa jua majlis. Fatin dan ain.... seorang lagi Noor dah balik.. ada hal urgent katanya.



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...