LIVE BAND SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN RABIA DAN AZMAN PADA 10 OKT 2015 BERTEMPAT DI MECC MATRADE KUALA LUMPUR


Semalam (10 Okt 2015) telah berlangsungnya majlis perkahwinan di antara Puan Rabia dan Haji Azman bertempat di MECC Kuala Lumpur http://mecc.matrade.gov.my/. Puan Rabia telah menghubungi saya pada bulan Mei lagi untuk berbincang mengenai persembahan yang sesuai dengan majlis perkahwinan beliau. Setelah beliau berbincang kembali dengan tunang dan keluarganya, beliau membuat keputusan untuk menggunakan khidmat persembahan Live Band dan kompang kumpulan kami dengan penyanyi jemputan khas iaitu Jamilah Abu Bakar). Beberapa hari kemudian beliau terus membuat pengesahan dengan membayar deposit 50% kepada kami. Beliau juga ada membuat permintaan beberapa buah lagu untuk dipersembahkan semasa majlis ini nanti. Terima Kasih puan atas kepercayaan yang telah diberikan.

Bagaimanapun seminggu sebelum acara berlangsung terdapat sedikit masalah dengan bahagian teknikal MECC apabila mereka memaklumkan bahawa tak mampu untuk menampung alat teknikal yang diperlukan untuk persembahan seperti Live Band. Setelah perbincangan lanjutan bersama puan Rabia, beliau meminta kumpulan saya membawa alatan teknikal tambahan Sistem Audio kami sendiri. Beliau juga bersetuju dengan harga yang saya tetapkan. Pihak teknikal MECC juga membantu dengan memberikan perkhidmatan alatan teknikal yang mana ada.

Majlis berlangsung pada jam 8.30 malam. Oleh itu kami membuat sesi "sound check" alatan muzik dan nyanyian pada jam 4 petang. Makan malam ada jam 6 petang, sembahyang maghrib dan seterusnya bersedia di pentas pada jam 7.45 malam dan terus membuat persembahan mengiringi tetamu masuk ke dewan.



Agak mengejutkan apabila rupanya Cikgu kesayangan saya (Bonda) Siti Hajar juga ada menghadiri majlis ini. Yang mana beliau juga adalah guru vokal saya semasa saya belajar muzik di Akademi Seni Kebangsaan dahulu (kini dikenali sebagai ASWARA. Menjadi kebetulan pula, Jamilah Abu Bakar juga adalah pelajar beliau sebelum Jamilah menyambung pelajaran di ASWARA. Tengah menyanyi tiba tiba ajer bonda berdiri dihadapan pentas... katanya dah agak dah anak anak dia tengah menyanyi ni... hehehe... Sempat juga Bonda komen nyanyian kami berdua serba sedikit sebelum beliau pulang... hehehe



Jamilah semasa mempersembahkan beberapa buah lagu.


Pembantu saya Syaratul Ain (Kanan sekali) yang banyak membantu pada persembahan malam ini.



Haa.. yang ini saya .. tengah sound check.. nak lepas gian menyanyi.. hehehe


Team Live Band kami... yang paling kanan tu Zamzahardi Mohd Zambrin. Pengarah Muzik Anjung Tradisi. Banyak pengalaman dan telah memenangi beberapa pingat Emas semasa pertandingan World Championship of Performing Arts di Hollywood pada 2008. boleh bermain berbagai alat muzik moden dan tradisi dengan baik (Multiskill). Hari ni tunang dia datang ikut tengok show.


Ini dia team teknikal kami. Ada seorang lagi (Tines Kumar). Tak dapat tunggu selepas sound check terus balik. Ada hal urgent.



Saya dan Jamilah Abu Bakar  berduet menyanyi lagu mulanya disini, Penghujung cinta, Bagaikan Sakti, dengarkanlah dan cinta sesungguhnya.


Gambar pengantin semasa bersanding


Kejutan daripada bapa saudara pengantin, Dato' azman. Kebetulan sama pula namanya dengan pengantin lelaki. Menyanyi 2 buat lagu. Sedap suara Dato' bolehlah lain kali menyanyi dengan kumpulan kami lagi.


Satu lagi kejutan dari seorang pelakon dan pelawak terkenal menyanyi lagu Only You... sempat pinjam handphone saya tengok lirik. 

Video persembahan yang sempat dirakam semasa majlis perkahwinan berlangsung.



Pada 18 oktober nanti akan ada satu lagi persembahan Live Band, Piano solo, trio strings, Gamelan dan Tarian di satu lagi Majlis perkahwinan yang kami akan terlibat. Kesemuanya 30 orang. Alhamdulillah dan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada kumpulan kesenian kami.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...