PERSEMBAHAN GHAZAL DAN KESENIAN TARIAN SERTA IRINGAN VIP DI ANUGERAH ILHAM DESA PERINGKAT KEBANGSAAN 23 MEI 2015 YANG TURUT DIHADIRI OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDIN YASIN

Pada bulan April yang lalu saya dihubungi oleh Dato' Rubiyah, Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA)untuk kami terlibat di dalam  Acara Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan  pada  23 Mei 2015 bertempat di Dataran Rembau yang turut dihadiri oleh Timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin, YB Menteri Besar Negeri sembilan dan Ahli Parlimen Rembau YB Khairi Jamaludin.

Kami diminta mengadakan persembahan Ghazal semasa pengunjung menantikan kehadiran VIP, seterusnya penari mengiringi VIP hingga ke pentas utama seterusnya menarikan lagu selamat datang. selepas itu kumpulan Ghazal kami juga akan mengiringi VIP semasa majlis makan tengahari.

Pada 19 haribulan mei yang lalu, kami juga mengadakan persembahan di program MHI TV3 untuk membantu mengiringi menteri Tan sri Shafie afdal dalam menerangkan program Anugerah ilham Desa ini.

Pagi tadi acara telah berlangsung dengan jayanya. agak ramai juga pengunjung hadir dari berbagai lapisan masyarakat yang turut sama menantikan anugerah di peringkat kebangsaan ini. Terima Kasih Dato' Rubiyah dan En Azlan yang telah melayan kami dengan baik sekali. Jasa Dato' dan En Azlan tidak akan dilupakan.

Berikut adalah sebahagian gambar yang saya ambil semasa acara berlangsung.












Berikut pula Video yang sempat saya ambil semasa acara berlangsung



Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...