PERSEMBAHAN GHAZAL INSTRUMENTAL SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN HASNIZA DAN STEVEN SYAFIQ BERTEMPAT DI BUKIT JELUTONG PADA 17 DISEMBER 2015

Pada 17 Disember yang lalu Kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah dijemput untuk memeriahkan majlis Perkahwinan Hasniza dan Steven Syafiq di Bukit Jelutong. Oleh kerana permintaan pengantin supaya kami mengadakan persembahan instrumental tanpa penyanyi, kali ini kami hanya menggunakan 4 pemuzik sahaja untuk majlis kali ini. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa acara berlangsung.






Berikut beberapa video yang sempat di ambil semasa acara berlangsung.



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain
Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Catatan popular daripada blog ini

PAKEJ PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN KUMPULAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN JOGET DAN PENGIRING PENGANTIN, LIVE BAND GHAZAL UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN, MAKAN MALAM KORPORAT DAN MAJLIS RASMI BULAN PUASA RAMADAN DAN MAJLIS HARI RAYA

LAGU LAGU POPULAR LIVE BAND KAMI SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN EKSKLUSIF

PAKEJ TARIAN KANAK-KANAK YANG KAMI SEDIAKAN