ASWARA TAWARKAN KURSUS KESENIAN TRADISIONAL PERINGKAT SIJIL KELAS SECARA MINGGUAN

Sebelum ini banyak kali juga saya dihubungi oleh peminat dan pengikut kesenian tradisional bertanya sama ada kami menawarkan perkhidmatan latihan. Buat masa ini memang tiada, bagaimanapun saya baru terjumpa artikel ini yang memberi peluang kepada yang berminat untuk belajar secara formal di ASWARA.

Peluang untuk anda mengenali seni tradisional negara kita, ASWARA kini sedang menawarkan kursus sijil jangka pendek secara mingguan untuk mempelajari kesenian tradisional Melayu di bawah Pusat Seni Persembahan Tradisional ASWARA iaitu PUTRA. Berikut adalah petikan artikel dari salah seorang pensyarah Aswara untuk rujukan. http://ngadapseni.blogspot.com/2015/09/aswara-kursus-sijil-seni-tradisional.html?spref=fb&m=1

Hubungi 03-26971777 (Azura/Yusri/Umar) untuk maklumat lanjut...

Hubungi ASWARA 03-26971777 atau
emel kepada cekem@aswara.edu.my
PuTRA atau Pusat Seni Pentas Tradisional ASWARA sedang membuka pengambilan peserta kursus Sijil Seni Tradisional yang akan bermula pada 19 September 2015. Kursus sijil ini terbuka kepada semua yang berminat tidak terbatas kepada kelulusan akademik atau pengalaman, yang penting peserta punya minat dan keinginan untuk mempelajari sijil-sijil yang ditawarkan.

Gamelan: Antara kursus ensembel yang ditawarkan
selain Caklempong dan Wayang Kulit
Kursus ini akan berlangsung selama 14 minggu dan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad selama dua jam setiap sesi. Ini memudahkan bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Kelang dan mereka yang kesibukan pada hari-hari biasa. Pengalaman ASWARA menganjurkan kursus hujung minggu ini, ramai peserta datang dari luar Kuala Lumpur dan memanfaatkan hujung minggu mereka demi mendalami ilmu kemahiran yang mereka minat. Tidak hairanlah kelas seperti gamelan, wayang kulit dan menjadi pilihan.
Dikir Barat: Kami tawarkan dua kursus;
Nyanyian solo - Jogho/tukang karut
dan pergendangan dikir barat
Yuran minima dikenakan iaitu sebanyak RM500 bagi setiap kursus. Sekiranya ada peserta berminat untuk mengambil lebih daripada satu kursus, diskaun akan diberikan. Apatah lagi sekiranya peserta datang secara berkelompok sekurang-kurangnya lima orang (guru-guru sekolah, pelajar atau kelab kesenian) diskaun yang lebih menarik akan ditawarkan.

Kursus Lakonan dan Muzik Makyung juga ditawarkan;
peserta diajar tarian, nyanyian dan lakonan.
Kenapa yurannya murah? Jika dibandingkan dengan kelas-kelas muzik yang dianjurkan oleh akademi lain, purata bayaran untuk satu jam kelas hanyalah RM18.00 sahaja. (RM500/14/2jam) untuk setiap kelas. Murahkan!

Yang menariknya, peserta berpeluang belajar daripada pensyarah dan adiguru yang berpengalaman yang telah memiliki lebih 20 tahun dalam bidang masing-masing. Bukan selalu ya!

Apa kursus yang ada? Untuk pengambilan September, sebanyak 13 kursus ditawarkan:

MUZIK
NYANYIAN
LAKON
PEMBUATAN

Muzik Makyung
Muzik Wayang Kulit
Muzik Dikir Barat
Gamelan
Tak Lempung
Serunai (Individual)

Rebab (Individual)
Gambus (Individual)

Nyanyian Dikir Barat
Lakonan Makyung

Pendalangan Wayang Kulit
Patung Wayang Kulit
JANGAN LUPA PENDAFTARAN 19 SEPTEMBER 2015!!!
atau dapatkan maklumat di 03-26971777 (Azura/Yusri/Umar)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...