LIVE BAND TRIO UNPLUGGED DAN OPENING GAMBIT (PEMBUKAAN) MAJLIS HONDA MALAYSIA APPRECIATION DINNER 2015 DI SETIA CITY CONVENTION CENTER




Dalam 3 minggu yang lalu saya dihubungi oleh puan Aisah dari Honda Malaysia untuk berbincang mengenai persembahan yang bersesuaian bagi majlis makan malam yang bakal Honda Malaysia adakan di Setia City Convention Center pada 24 April 2015. Setelah berhubungan melalui Whatsapp dan saya menghantar maklumat yang berkaitan akhirnya pihak pengurusan Honda Malaysia meminta saya membuat presentation cadangan bagi persembahan.





Selepas pertemuan tersebut pada mulanya mereka bersetuju untuk mengadakan persembahan khas multicultural selama 10 minit, pembukaan dan penutup acara di samping Live Band Trio Unplugged di lobi. Tetapi dalam minggu ini saya telah dimaklumkan bahawa sudah terlalu banyak aktiviti yang telah dirancang di dalam acara dan masa tidak mencukupi bagi rancangan asal. Bagaimanapun kumpulan saya tetap diminta untuk mengadakan persembahan semasa opening gambit dan Live Band Trio unplugged mengadakan persembahan semasa tetamu menunggu masa untuk masuk ke dewan bagi acara makan malam. Persembahan berakhir pada jam 9.00 malam.

Terima kasih Puan Aisah dari Honda Malaysia kerana menghubungi kumpulan kami untuk terlibat dalam acara ini. Serta setinggi penghargaan atas layanan baik yang telah diberikan kepada kami sepanjang kami berada di Setia City Convention Center.

Berikut adalah gambar semasa persembahan berlangsung...
















Berikut merupakan rakaman video persembahan yang telah dilakukan.



Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...