1Malaysia Percussion Ensemble Persembahan untuk Perasmian Jaya Shopping Centre Petaling Jaya

Pada 26 mei baru baru ini, kumpulan Kesenian Anjung Tradisi dijemput untuk mengadakan persembahan pada satu majlis perasmian sebuah pusat membeli belah yang telah diubahsuai semula. Pusat ini dulunya bernama jaya Supermarket. Selepas beberapa insiden yang malang, bangunan ini dibina semula dan diberikan nama dan wajah baru Jaya Shopping Centre yang lebih moden.

Pada mulanya penganjur meminta kumpulan kami mengadakan persembahan yang berciri satu Malaysia. Setelah memberi pandangan bahawa kami mempunyai band kumpulan muzik 1Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan alat muzik, penganjur tidak bersetuju dan meminta kami sediakan kumpulan percussion seramai 10 orang. Bagaimanapun kami diminta untuk membuat persembahan dalam beberapa acara yang telah ditetapkan.

Acara yang melibatkan kumpulan kami adalah seperti berikut.

1. Semasa sambutan ketibaan VIP iaitu Datuk bandar PJ.

2. Semasa menanti ketibaan para jemputan ke tempat duduk. Pada masa Datuk bandar melawat keseluruhan tempat ini.

3. Menjadi pemuzik iringan semasa acara berlangsung contohnya masa VIP berjalan ke pentas untuk memberi ucapan.

4. Muzik semasa pelancaran dan perasmian.

Berikut antara rakaman kumpulan paluan 1Malaysia semasa di dalam acara ini.






Pelancaran Secara Rasmi


Syukur, semuanya berjalan lancar.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Komen

PERSEMBAHAN LIVE BAND TRADISIONAL GHAZAL / ASLI ROJER SEMASA BULAN RAMADAN PADA 18 DAN 25 MEI 2019 BERTEMPAT DI PLAZA SHAH ALAM

Persembahan live band ghazal ini berlangsung semasa bulan ramadan pada 18 dan 25 mei 2019 bertempat di plaza shah alam. . Berikut bebera...