TARIAN BUBU MENARI (LOKAH)



Asal Daerah / Negeri : Bagan Datoh, Teluk Intan
Kaum                     : Melayu

Bubu Menari atau Tarian Lokah ialah sejenis tarian tradisional daerah yang terdapat di Bagan Datoh, Teluk Intan. Permainan ini merupakan satu permainan yang menggunakan ilmu ghaib atau kepandaian kebomohan. Oleh kerana itu jampi dan serapah adalah penting dalam permainan ini. Untuk permainan ini beberapa alat diperlukan seperti kemenyan, beras kunyit, bertih dan air tepong tawar. Alat-alat lain ialah sebuah bubu, 10 buah rebana kecil dan sepasang gong.  Bubu yang digunakan ialah bubu jenis jantung yang dibuat dari buluh dan rotan berukuran tiga (3) kaki panjang dan tuas bulatan pada bahagian mulut ialah dua (2) kaki sementara dibahagian kepala pula satu (1) kaki. 

Bubu atau lokah ini hendaklah dihias dengan pakaian perempuan dan di bahagian atas ditutup dengan tempurung yang dilukis seperti wajah perempuan dan dijadikan kepala. Sebelum pertunjukan dimulakan seorang perempuan akan memegang bubu itu dibantu oleh dua orang lelaki yang memegang bubu di sebelah kanan dan kiri. Bomoh akan memutakan pertunjukan dengan membaca jampi dan mentera. Gunanya jampi serapah ini supaya semangat yang diseru akan datang kepada bubu yang membolehkannya menari sendiri. Sambil membaca jampi bubu dihayun ke kiri dan kanan oleh orang-orang yang memegangnya. Apabila nyata telah naik semangat dan bubu sudah boleh menari sendiri pemegang-pemegangnya akan melepaskan pegangan masing-masing. Dan bubu akan menari sendiri dengan rancaknya. 

Tarian diiringi oleh pukulan rebana kecil yang dimainkan oleh 10 orang pemukul. Mereka juga menyanyi tiga (3) rangkap pantun mengiringi paluan rebana itu. Pantun-pantun ini dinyanyikan berulangulang hinggatah tamat persembahan. 

Lokah bangkit menari Bubu akan menari lebih rancak lagi sekiranya ramai penonton yang cuba memegangnya. la akan berhenti menari sekiranya pakaiannya tertanggal atau apabila kemenyan dan nyanyian dihentikan,  Bubu yang dimainkan itu ada juga pantangnya. Mulutnya tidak boleh dijolok dengan tangan atau benda-benda lain. Walaubagaimana pun, ia masih boleh digunakan untuk menahan ikan di sungai. Tarian ini selain dari terdapat di Bagan Datuh, ada juga terdapat di daerah Perak Tengah, Parit.


*** Untuk menggunakan khidmat artis budaya Anjung Tradisi, sila klik  http://anjungtradisi.blogspot.com/2013/08/pakej-persembahan-kebudayaan-kumpulan.html untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


_________________________


Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.


Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...