MENERIMA TEMPAHAN PERSEMBAHAN MUZIK DAN TARIAN UNTUK HOTEL, MALL, MAJLIS KORPORAT, PERSEORANGAN SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA BULAN RAMADAN DAN RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Setiap tahun kami menerima banyak jemputan untuk mengadakan persembahan hari raya, berbuka puasa ramadan sama ada muzik ghazal, live band moden atau pun tarian di lokasi sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Cyberjaya, Putrajaya dan Seremban.

Berbagai organisasi mahu pun orang perseorangan pernah menjemput kumpulan kami bagi tujuan memeriahkan majlis mereka sama ada semas berbuka puasa atau pun jamuan hari raya. Kami boleh membuat persembahan dalam berbagai jenis lagu sama ada yang bersifat islamik, tradisional melayu, pop yeh yeh, P.Ramlee mahu pun lagu-lagu malar segar (evergreen).

Pemuzik dan penari kami terdiri daripada karyawan profesional sama ada sedang berkhidmat di organisasi kebudayaan sekitar lembah kelang atau pun karyawan bebas. Ahli seni yang kami pilih merupakan pemenang banyak anugerah tempatan dan antarabangsa seperti World Championship of Performing Arts dan banyak lagi.

Untuk persembahan sepanjang ramadan di hotel hotel, biasanya kami akan membuat persembahan selama 24 hari sahaja. Yang mana 2 hari sebelum hari raya merupakan hari terakhir persembahan. Penganjur perlu menyediakan makan minum berbuka puasa pemuzik atau penari dengan menyediakan meja khas pemuzik dan pemuzik perlu dibenarkan untuk makan buffet bersama pelanggan lain.

Kami juga menerima tempahan untuk persembahan majlis berbuka puasa secara one off (1 acara sahaja). Kami mempunyai ramai karyawan yang boleh mengadakan persembahan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan penganjur.

Untuk tahun 2023 ini kami telah pun menerima beberapa tempahan daripada individu dan korporat bagi acara berbuka puasa dan majlis hari raya. Untuk melihat persembahan kami yang lepas, boleh melayari youtube channel kami seperti dibawah.

SUBSCRIBE VIDEO YOUTUBE CHANNEL KAMI


Whatsapp Kami: Klik 0132674462 

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri, perkahwinan, acara korporat, makan malam dan majlis pelancaran d sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp Kami: Klik 0132674462 
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...