KADAR BAYARAN KUMPULAN KESENIAN


Assalam...

Sekadar untuk makluman..

Untuk pengetahuan semua.. Kadar bayaran yang kami tetapkan sudah mengambil kira berbagai kos yang diperlukan untuk kami mementaskan Sesuatu persembahan kesenian...

Seperti bayaran pemuzik, penari, kos pengangkutan, sewaan (jika ada) dan dobi Kostum, elaun latihan, sewaan lori mengangkut alat muzik (jika perlu), makan minum dan lain lain lagi... 

Ada juga yang pernah menawarkan kami persembahan kesenian ( tari dan muzik ) dengan harga di bawah RM 1000... Dengan alasan harga di atas RM 1000 terlalu mahal..Yang mana saya ingin minta pembaca membahagikan RM 800 kepada 9 orang termasuk koreografer. Kerana Sebelum itu perlu tolak 200 dahulu 1000 itu untuk dobi Kostum. Belum lagi dikira duit minyak kereta utk penari sampai ke tempat latihan dan ke tempat persembahan... Makan minum mereka.. Adakah sesuai dengan harga yang ditawarkan?... Jika di tolak kos yang kami tanggung akhirnya nanti kami pula yg perlu keluarkan duit poket sendiri utk persembahan dengan harga yang sebegitu. Oleh itu kami ingin memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan persembahan dengan harga yang sangat murah...

Bagaimanapun... Kami menawarkan beberapa pilihan sekiranya penganjur mempunyai bajet yg kecil.. Seperti mengurangkan jumlah penari dan tarian.
Begitu juga muzik..  Kami boleh membuat persembahan dengan masa yg lebih singkat supaya kami boleh terus ke lokasi lain pula untuk membuat persembahan seterusnya... 

Saya baru sahaja menyiapkan kadar standard pada semua jenis persembahan yang ditawarkan. Dari harga yang paling tinggi kepada yang paling rendah ikut spesifikasi dan bajet tuan puan...Tuan puan boleh hubungi saya BAHIZAL ABU BAKAR melalui whatsapp (0132674462) untuk saya hantarkan senarai sebutharga tersebut...

Terima kasih


Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...