BERITA SENI BUDAYA - KOMPLEKS JKKN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN TUN H.S LEE, WILAYAH PERSEKUTUAN, 50000KUALA LUMPUR, MALAYSIA 20 & 21 MEI, 2017.

Setelah mempersembahkan Istana Keadilan pada November lepas, Tronoh Theatre Shop kini kembali dengan sebuah teater baru berjudul Dendam Maharani. Sebuah skrip baru hasil karya Dr. Shark, teater ini merupakan sebuah cerita asal kepada teater Istidraj Maharaja Beruk, di mana asal usul di sebalik kejadian Maharaja Beruk diceritakan dengan lebih mendalam.

Dendam Maharani, seperti Istidraj Maharaja Beruk dan Putera Sangkar Maut, mempunyai tema ala-ala teater bangsawan dan berlatarkan suasana istana. Teater ini berkisarkan kisah cinta tiga segi berselang dengan politik istana serta muslihat si Maharani dalam melunaskan dendamnya.
Jangan lupa untuk saksikan Dendam Maharani pada hujung minggu ini!

Lokasi: Dewan Utama,Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar, Perak
Tarikh: 15 & 16 April, 2017.
Masa: 8.45 P.M.
Tiket: RM7.00 (dewasa) dan RM5.00 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah serta pelajar sekolah).

Jika anda tidak berkesempatan pada hujung minggu ini, TTS akan membawa teater ini ke Kuala Lumpur juga! Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Lokasi: Kompleks JKKNWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee, Wilayah Persekutuan, 50000Kuala Lumpur, Malaysia.
Tarikh: 20 & 21 Mei, 2017.
Masa: 8.45 P.M.

Tiket: RM10.00 (dewasa) dan RM7.00 (kanak-kanak 12 tahun ke bawah serta pelajar sekolah).


Sekiraya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan bulan Puasa dan Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...