PAKEJ PERSEMBAHAN KUMPULAN MUZIK GHAZAL / ASLI SEMASA MAJLIS SAMBUTAN ULANGTAHUN KE 60 MAKTAB KORPERASI MALAYSIA PADA 11 NOV 2016 BERTEMPAT DI DEWAN TUN DR ISMAIL PWTC



Pada 11 Nov 2016 yang lepas kumpulan muzik Ghazal / Asli Anjung Tradisi telah diberi kepercayaan untuk menghiburkan tetamu majlis sambutan ulangtahun ke 60 Maktab Korperasi Malaysia yang bertempat di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Pada acara ini kami telah diberi kepercayaan juga untuk menyediakan alatan teknikal sistem audio untuk digunakan sepanjang acara berlangsung. Penyanyi bagi acara kali ini adalah Eddie Nazrin dan Jamilah Abu Bakar, sepasang penyanyi muda tradisional yang berbakat besar. Kedua-dua penyanyi ini merupakan graduan muzik ASWARA.  Jamilah akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di bidang muzik di Berklee College of Music Boston USA bermula pada 17 januari 2016.  Acara ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Korperasi dan Kepenggunaan iaitu YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin. Berikut beberapa gambar semasa acara berlangsung.










Kumpulan Ghazal / Asli Anjung Tradisi Anjung Tradisi bersedia menerima tempahan bagi tujuan majlis perkahwinan dan acara korporat seperti makan malam, pelancaran dan hari raya. Tuan puan boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila nyatakan nama, tarikh acara, masa acara, tempat acara/majlis dan alamat emel untuk saya hantarkan sebutharga, oleh kerana jadual kami selalunya agak padat dan telah menerima deposit... sebaiknya HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN.

Ain
0132674462 (Whatsapp)
anjungtradisi@gmail.com



PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...