PAKEJ WAYANG KULIT KELANTAN UNTUK ACARA KORPORAT DAN MAJLIS RASMI




Mulai bulan Nov 2016 kumpulan kesenian anjung tradisi akan menawarkan perkhidmatan pakej persembahan wayang kulit kelantan untuk acara korporat dan majlis persendirian. Ini merupakan persembahan unik yang memaparkan kesenian tradisional Malaysia yang berasal dari Kelantan. Pakej Wayang Kulit ini meliputi Dalang, Set Kelir (Skrin), 10 pemuzik yang terdiri daripada pemain gedombak, gendang, geduk. gong, kesi, canang dan serunai. Walaupun teras penceritaan wayang kulit kelantan adalah Seri Rama dan Sita dewi tetapi bagi tujuan persembahan kini, cerita wayang kulit boleh diolah kepada cerita yang bersesuaian dengan persekitaran dan masyarakat setempat. Perbincangan boleh dilakukan bersama tok dalang untuk menetapkan cerita yang sesuai. Wayang kulit amat sesuai untuk tontonan kanak kanak dan boleh juga menjadi sumber hiburan dewasa. Kumpuln wayang kulti yang dibawa dari Kelantan ini terdiri daripada Dalang yang berpengalaman dan pemuzik terlatih. berikut adalah gambar dan video persembahan yang pernah kami adakan.



Video daripada belakang kelir (Skrin)



Kumpulan wayang kulit Anjung Tradisi bersedia menerima tempahan bagi tujuan majlis perkahwinan dan acara korporat seperti makan malam, pelancaran dan hari raya. Tuan puan boleh menghubungi saya untuk tempahan. Sila nyatakan nama, tarikh acara, masa acara, tempat acara/majlis dan alamat emel untuk saya hantarkan sebutharga, HUBUNGI SEGERA UNTUK TEMPAHAN.

Ain
0132674462 (Whatsapp)
anjungtradisi@gmail.com

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...