TARIAN KANAK KANAK SEMASA MAKAN MALAM INSTITUT NUKLEAR DI HOTEL EVERLY PUTRAJAYA PADA 22 OGOS 2015



Boleh dikatakan minggu ni kumpulan tarian kanak kanak anjung tradisi agak popular dikalangan syarikat korporat. Tarikh 21, 22 dan 23 Ogos 2015 sudah penuh dengan jemputan. Pada makan malam 22 ogos ini para perwakilan dari seluruh dunia yang menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh Institut Nuklear bertempat di http://putrajaya.theeverlyhotel.com/ telah menikmati makan malam dengan dihiburkan oleh kumpulan tarian kanak kanak kami. Menurut pembantu saya ain yang berada di tempat persembahan. Sambutan sangat menggalakkan hinggakan penari kanak kanak ini terpaksa membuat persembahan zapin dengan memakai pakaian multicultural kerana sudah tidak sempat menukar pakaian.





Boleh dilihat para perwakilan dari luar negara menonton dengan penuh minat setiap persembahan tarian yang dilakukan. Malangnya salah seorang penari telah terjatuh semasa persembahan disebabkan ruang pentas yang sangat kecil dan dibina dengan kekuatan yang tidak kukuh. tangan kanak kanak ini terseliuh dan diberi rawatan sementara. berikut video yang diambil oleh ain semasa persembahan berlangsung.




Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...