PERSEMBAHAN GHAZAL SEMASA MAJLIS HARI RAYA AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM) PADA 14 OGOS 2015


Pada 14 Ogos yang lalu, kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah dijemput untuk menghiburkan warga Akademi Laut Malaysia di Melaka (ALAM) http://www.alam.edu.my/ dalam acara majlis terbuka hari raya di sana. Saya dihubungi oleh En Vignesh seminggu sebelum acara berlangsung, selepas beberapa kali perbincangan dilakukan. En Vignesh memaklumkan bahawa pengurusan ALAM bersetuju untuk melantik kumpulan anjung tradisi sebagai penghibur semasa acara berlangsung. Pada keesokan harinya En Vignesh telah memasukkan deposit untuk mengesahkan penglibatan kami. Terima Kasih en Vignesh dan ALAM kerana memberi kepercayaan kepada kami. Penyanyi yang terlibat kali ini adalah edie Nazrin, seorang penyanyi tradisional muda yang telah memenangi banyak anugerah di peringkat Kebangsaan dalam muzik tradisional dan juga baru sahaja bergelar graduan ASWARA.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil oleh pembantu saya Fatin semasa acara berlangsung.




Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cara Menguruskan Aliran Tetamu dan Crowd Control dalam Majlis Perkahwinan

Pengurusan aliran tetamu dan kawalan kesesakan yang efektif adalah penting untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar dan selesa u...