MEMERLUKAN LIVE BAND DAN TARIAN UNTUK PERKAHWINAN, ACARA KORPORAT, MAJLIS BERBUKA PUASA DAN HARI RAYA?.






Saya percaya bahawa ketika ini ramai yang sedang merancang sama ada majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis akad nikah, majlis meriakan anak yang baru lahir, acara korporat, majlis kerajaan, makan malam, hari sambutan, majlis khas, pelancaran produk, pelancaran acara, majlis berbuka puasa, majlis rumah terbuka hari raya dan berbagai jenis acara yang memerlukan persembahan Live Band atau persembahan kebudayaan tarian moden dan tradisional. Malahan tak kurang juga yang pening memikirkan di mana untuk mencari kumpulan-kumpulan muzik live band profesional, kumpulan penari profesional yang dipercayai mampu melaksanakan persembahan dengan baik dan memuaskan hati. Ada juga yang risau memikirkan persembahan apakah yang bersesuaian untuk acara yang bakal berlangsung.

Pertama sekali yang anda semua patut lihat adalah dari segi bajet yang ada. Untuk pengetahuan semua, Live band atau persembahan kesenian ketika ini rata-ratanya akan berharga RM 2000 ke atas. Bergantung kepada jenis persembahan, jumlah pemuzik dan penari serta jumlah jangka masa persembahan dan tarian. Oleh itu secara awalnya anda semua perlu bersedia dengan anggaran bajet seperti yang dinyatakan.

Kedua pula adalah berkenaan konsep acara. Secara asasnya acara tersebut adakah berkonsep tradisional Malaysia, Eropah, Arabic atau apa sahaja fokus terhadap topik topik tertentu yang telah anda tentukan. Oleh itu persembahan Live band atau tarian yang anda pilih juga perlu mengambil kira faktor tersebut. Sebaiknya anda berbincang dengan ketua kumpulan Live band atau tarian untuk menentukan persembahan lagu dan tarian yang bersesuaian. Maklumkan terlebih dahulu konsep acara anda.

Ketiga pula anda perlu lihat aturcara dan dimanakah persembahan itu sesuai untuk dipentaskan. Bergantung kepada jenis acara. Bagaimanapun sekiranya anda telah melantik event atau wedding organizer, bincang dengan mereka tentang perkara ini. Kebiasaannya kumpulan live band dan tarian hanya akan ikut aturcara yang telah ditetapkan oleh tuan rumah atau organizer. Bagaimanapun anda boleh juga bertanya pandangan kumpulan live band dan tarian mengikut pengalaman terdahulu mereka. Keluasan ruang juga anda perlu ambil kira untuk persembahan seperti Live Band atau tarian yang mahu diadakan. Jika ruang luas, boleh menggunakan penari dan pemuzik yang ramai. Jika ruangnya kecil cukuplah dengan jumlah pemuzik dan penari yang kecil. Kosnya juga sudah tentu akan menjadi kecil.

Kebiasaannya sesuatu persembahan kesenian sama ada live band atau tarian (moden/tradisional/multicultural) digunakan sebelum acara bermula lagi. Contohnya yang biasa kami terlibat,

1. Sambutan ketibaan VIP/pengantin   - 
Sama ada menggunakan kompang atau paluan pergendangan multicultural.

2. Muzik Iringan santai di Lobi              - 
Boleh menggunakan Gamelan, live band trio dan ghazal.

3. Muzik iringan semasa tetamu mengambil tempat duduk -
Biasa juga kumpulan ghazal, live band moden dan multicultural 1Malaysia memainkan muzik instrumental pada waktu ini.

4. Ketibaan VIP di dalam dewan
  • Penari akan mengiringi VIP hingga sampai ke tempat duduk atau mengiringi pengantin hingga ke pelamin.
  • Penari akan terus membuat persembahan tarian pembukaan.
5. Semasa jamuan bermula
  • Persembahan Muzik bermula. Bergantung dengan kesesuaian konsep acara, boleh menggunakan Live Band Ghazal, Moden, Unplugged, Multicultural 1Malaysia. Lagu-lagu instrumental dan nyanyian akan digunakan.
  • Persembahan tarian utama (dewasa/kanak-kanak) semasa desert/ pertengahan masa makan.
6. Masa hampir tamat acara
Tarian penutup


**Kos peralatan teknikal.
Bagi apa jua persembahan yang dipilih atau diperlukan, anda perlu mengambil kira juga faktor kos sewaan teknikal. Semakin banyak atau besar persembahan Live Band dan tarian, semakin besar ruang diperlukan dan semakin banyak peralatan teknikal sistem audio dan lighting diperlukan (jika tempat gelap). Sudah tentu peruntukan lebih besar diperlukan untuk menyewa peralatan tersebut.

__________________________________________________

Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...