PAKEJ PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL / ASLI SEMASA MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA DATO' REZA IBRAHIM PADA 15 JULAI 2017 DI SETIA ALAM


Pada 15 Julai 2017 pula, kumpulan ghazal kami telah dijemput untuk menghiburkan tetamu majlis hari raya seorang usahawan berjaya iaitu Dato' Reza Ibrahim (pengasas Cellmax) dan Datin Norzana Ishak bertempat di Setia Alam. Kami mengadakan persembahan di perkarangan rumah Dato' dengan mempersembahkan lagu-lagu hari raya dan tradisional popular tempatan. Penyanyi yang diundang khas kali ini ialah Jamilah Abu Bakar. Selesai sahaja majlis ini kami terus sahaja ke KLIA2 untuk penerbangan ke Kuching pula untuk acara hari raya berikutnya 16 Julai 2017 pula di Hilton Kuching Sarawak. Berikut beberapa gambar yang diambil semasa acara berlangsung.













Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami untuk persembahan  Hari Raya Aidilfitri sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi
Whatsapp: 0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
www.GhazalPerkahwinan.com
Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi


PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...