PERSEMBAHAN LAGU GHAZAL / ASLI / LANGGAM SEMASA PELANCARAN PAKEJ BERBUKA PUASA RESTORAN SPRING GARDEN PUTRAJAYA PADA 14 MEI 2016




Pada 14 Mei 2016 yang lalu bertempat Restoran Spring Garden Putrajaya kumpulan Anjung Tradisi telah mengadakan persembahan lagu lagu Ghazal / Muzik Asli / Langgam semasa majlis pelancaran pakej berbuka puasa restoran tersebut. kami mengadakan persembahan selama 3 set dari jam 6.30-7.15ptg, 7.45-8.30 mlm dan 8.45-9.30 malam. Selesai persembahan kami dimaklumkan bahawa pihak restoran akan terus menggunakan khidmat kumpulan kami semasa ramadan tahun ini. Berikut beberapa gambar yang diambil semasa acara berlangsung.






Beberapa video persembahan yang sempat diambil

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, majlis hari raya, berbuka puasa, ramadan, ifftar serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Pengurus Anjung Tradisi (Ain)
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com

Blog: www.anjungtradisi.blogspot.com
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi
laman web: www.ghazalperkahwinan.com

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...