PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL ASLI SECARA DUET UNTUK PAKEJ PERKAHWINAN DAN ACARA KORPORAT

Bagi yang tidak berapa mengetahui mengenai muzik tradisional melayu Malaysia. Muzik asli melayu dimainkan dengan menggunakan peralatan muzik yang sangat ringkas iaitu Violin (Biola), Gendang (Rebana Medan atau Melayu), Akordian dan Gong. Namun boleh juga dimainkan secara duet (2 orang sahaja) seperti gabungan antara akordian dan violin, akordian dan rebana atau violin dan gendang atau violin dan gambus. Namun sekiranya igin digunakan di dalam acara (acara rasmi atau acara korporat). Hanya sesuai dimainkan di ruang yang kecil (tidak memerlukan sistem bunyi (PA System). Contohnya di lobi dewan atau di majlis makan eksklusif tertutup atau di restoran mengiringi permintaan pelanggan utnuk acara istimewa. Untuk mendapat gambaran bunyi yang dihasilkan daripada gabungan seperti yang dinyatakan. Saya sertakan video seperti di bawah.


DUET VIOLIN(BIOLA) DAN GENDANG





DUET GAMBUS DAN VIOLIN (BIOLA)



Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan mode n dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain
Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...