TARIAN KANAK KANAK SEMASA MAJLIS PELANCARAN INNOVATING MALAYSIA CONFERENCE PADA 28 OKT 2015 DI KLCC



Tadi baru sahaja selesai tarian kanak kanak persembahan semasa pelancaran Innovating Malaysia Conference bertempat di http://www.klccconventioncentre.com/. Saya dihubungi oleh Dr Reezal dalam 3 minggu yang lalu berkenaan persembahan yang sesuai untuk diadakan semasa sesi pelancaran. Setelah beberapa sesi perbincangan diakukan akhirnya Dr Reezal bersetuju untuk menggunakan persembahan tarian kanak kanak. Oleh kerana conference ini turut dihadiri oleh delegasi dari Korea, beiau meminta supaya seorang penari memakai pakaian tradisional Korea iaitu hanbuk semasa persembahan. Berikut antara gambar yang si ambil oleh pembantu saya Wan Azlina semasa acara berlangsung.






Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...