PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN KANAK KANAK SEMASA PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN FAIZ DAN BAINI DI BANGI GOLF RESORT PADA 31 OGOS 2015



Pada 31 Ogos yang lalu, kumpulan tarian zapin kanak kanak Anjung Tradisi telah dijemput untuk memeriahkan majlis resepsi perkahwinan Faiz dan Baini bertempat di Bangi Golf Resort http://www.bgrrest.com/web/. Saya telah dihubungi oleh en Azmi, bapa pengantin dalam bulan April lagi yang mana beliau telah membuat tempahan kumpulan kami beberapa hari selepas menghubungi saya. Terima kasih En Azmi kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami dengan membayar deposit awal.


Pada acara kali ini kami membuat 3 persembahan tarian zapin kanak kanak. Pada mulanya En Azmi meminta kami menyediakan 8 penari kanak kanak lelaki tetapi di saat akhir seorang penari lelaki tidak dapat menyertai persembahan ini dan terpaksa diganti dengan seorang penari kanak kanak perempuan. Mujur juga keluarga pengantin dapat menerima. Bagaimanapun tahniah kami ucapkan kepada kedua pengantin dan keluarga atas kejayaan majlis ini. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil oleh pembantu saya Ain semasa acara berlangsung.






Bergambar bersama pengantin.




Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...