LIVE BAND, GHAZAL DAN TARIAN UNTUK PERKAHWINAN SERTA ACARA KORPORAT DI TERENGGANU, MELAKA, JOHOR, PERAK, PULAU PINANG DAN KEDAH



Assalam,

Kumpulan saya sudah mula menerima tawaran untuk mengadakan persembahan live band, ghazal dan persembahan tarian untuk majlis perkahwinan, acara korporat, majlis hari raya di Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang Dan Kedah. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan agak keberatan oleh kerana jarak yang jauh dan memerlukan sekurangnya 2 hari penglibatan. Kami juga memikirkan tentang kos yang pastinya akan menjadi lebih tinggi dan agak akan membebankan tuan rumah atau penganjur.

Bagaimanapun setelah berbincang dengan mendalam akhirnya kami bersetuju untuk menawarkan khidmat persembahan di negeri-negeri di luar Kuala Lumpur. Tentang harga persembahan pula kami akan mengekalkan jumlah harga yang sama dengan persembahan kesenian di Kuala Lumpur tetapi dengan tambahan Kos pengangkutan, Tol, makan minum untuk dua hari dan penginapan. Apabila saya kira semula kos tambahan ini lebih kurang 1/3 daripada harga bayaran persembahan yang kami tawarkan.

Buat masa ini saya sudah mula memberi jawapan persetujuan kepada majlis perkahwinan, acara korporat dan majlis hari raya di Lokasi majlis perkahwinan, acara korporat, majlis hari raya di Terengganu, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang Dan Kedah.

________________________________

Jika anda masih tercari cari persembahan yang sesuai dengan acara yang ingin dianjurkan, boleh terus melihat kumpulan Live band dan tarian yang boleh dan pernah kami pentaskan sebelum ini seperti di bawah.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Syaratul Ain

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...