Perkahwinan Anak Leftenan General Dato' Sri Zulkiflie Bin haji Kassim (PMTD) Persembahan Live Band Ghazal semasa yang turut dihadiri Sultan Pahang dan Kerabat Diraja Kedah


Salam semua.

Pada 3 bulan yang lepas, Nov 2014 jika tak silap saya. Saya dihubungi oleh Kolonel Mohd Rawa dari ATM yang menyatakan minat mereka untuk menjemput kumpulan Ghazal Anjung Tradisi untuk mengadakan persembahan semasa Perkahwinan Anak Leftenan General Dato' Sri Zulkiflie Bin haji Kassim (PMTD). Beliau menyatakan bahawa beliau sedang mencari kumpulan Ghazal yang benar benar professional kerana majlis ini akan dihadiri oleh Sultan Pahang serta kerabat Diraja Kedah. Selepas membaca blog Anjung Tradisi dan menonton youtube Channel kami Disini , beliau membuat keputusan untuk memilih kumpulan kami. Oleh kerana tarikh yang beliau nyatakan iaitu pada 27 Febuari masih belum ada yang membuat tempahan. Saya bersetuju secara awalnya untuk mengadakan persembahan. Bagaimanapun kolonel meminta saya menunggu pengesahan dahulu kerana beliau akan membawa cadangan ini di dalam mesyuarat.

Selang sebulan selepas itu iaitu pada bulan Disember. Kolonel menghubungi saya sekali lagi supaya dapat diadakan pertemuan untuk membincangkan akan hal persembahan ini secara lebih terperinci. Kami membuat temujanji untuk bertemu di sebuah restoran di Pekan Sungai Besi. Semasa pertemuan ini bersama dua lagi pegawainya telah menonton sekali lagi koleksi video yang saya ada melalui komputer bimbit saya. Saya juga ada mencadangkan supaya menggunakan khidmat penyanyi tradisional yang sedang meningkat dalam industri iaitu Jamilah Abu Bakar. Saya juga membuka youtube channel Jamilah disini untuk membuat pratonton bagi menguatkan lagi cadangan saya itu. Akhirnya mereka bersetuju. Saya juga terus dibayar deposit sebanyak 50% untuk mengesahkan penglibatan kami dalam majlis perkahwinan ini.

 Sesi preview di kem Sungai Besi

Sesi preview di kem Sungai Besi

Selepas itu saya juga telah dihubungi oleh seorang pegawai ATM iaitu Mejar Rasyid untuk kami mengadakan sesi preview di Kem ATM di Sungai besi. Kami bersetuju untuk mengadakan sesi preview ini pada 4 Febuari 2015 yang turut dihadiri oleh  Leftenan General Dato' Sri Zulkiflie Bin haji Kassim. Semasa sesi preview ini kami telah mencadangkan beberapa buah lagu yang akan dipersembahkan semasa acara berlangsung. Selepas berbincang dengan pasukan ATM bersama Dato' seri kami telah dapat senarai yang bakal dipertimbangkan.

Semalam merupakan hari yang  dijanjikan telah tiba. Malam sebelum itu saya dah hadir terlebih dahulu untuk melihat sendiri sesi setup pentas dan mengetahui perancangan perjalanan acara. Jam 12 tengah malam baru selesai. Saya terus balik ke rumah untuk membuat persediaan persembahan pada esok pula. Pemuzik telah dimaklumkan dengan jadual pada esok hari.



Kami membuat sesi sound check pada jam 8.30 pagi. Oleh kerana Jamilah akan menghadiri kelas vokalnya bersama Prof Siti Chairani pada jam 10. Saya terus membawa Jamilah pada jam 9.30 pagi untuk balik Ke Aswara. Kumpulan Ghazal terus di dewan untuk sesi latihan penuh. Nasib baik saya ada pembantu iaitu Fatin Shatira Hana pelajar Fakulti pengurusan seni dan Budaya Aswara yang mengambil alih tempat saya sementara latihan berlangsung. Segala urusan semasa latihan berlangsung dengan lancar.

Jam 6 petang saya dan semua pemuzik serta Jamilah Abu Bakar telah bersedia di Dewan. Kami menjamu selera diruangan yang disediakan oleh ATM terlebih dahulu. Seterusnya bersedia di belakang pentas pada jam 7.45 malam.




 

Pada jam 8 malam tetamu mula memasuki dewan. Pada masa ini kumpulan Ghazal Anjung Tradisi mula memainkan lagu lagu instrumental Ghazal sementara menunggu ketibaan Sultan Pahang dan "Raja sehari".




Pada jam 8.30 malam Sultan Pahang dan Kerabat Diraja Kedah pun tiba dan terus ke kerusi dihadapan pelamin. Benarlah istilah "Raja Sehari". Walaupun rakyat biasa, apabila menjadi "raja sehari" Raja yang betul pun akan duduk dibawah seperti rakyat berhadapan pelamin untuk "mengiktiraf" "raja sehari". Bagaimanapun saya lihat pengantin sebagai raja sehari ini juga tetap melakukan protokol sembah ampun hormat kepada raja Pahang dan Sultanah untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tuanku mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Kesudian Sultan bersama rakyat jelata menghadiri majlis perkahwinan ini saya sanjung. Ampun Tuanku. Patik menghormati dan sanjung Tuanku.










Setelah tiba masanya sesi santapan dan majlis makan malam bermula kami pun memulakan persembahan mengikut turutan lagu yang telah dipersetujui. alhamdulillah. Semua persembahan berlangsung dengan lancar dan kami sangat berpuashati dengan pasukan audio ATM yang pada saya memang profesional cekap dan mahir kerana bunyi yang terhasil pada persembahan malam ini memang bagus kualitinya. Bagaimanapun audio yang anda dengar melalui rakaman video saya ini adalah secara direct yang bercampur dengan suara bising di dalam dewan. Tetapi jika kita di dalam dewan yang mendengar melalui speaker. memang sedap. sesuai untuk majlis VVIP seperti ini. Pak Bakar ayah kepada Jamilah juga ada ada membuat rakaman video dan rakaman audio direct dari mixer. Apabila telah siap nanti akan saya upload video pak bakar yang pastinya dengan bunyi audio yang lebih baik.











Tahniah. Pasukan produksi Mejar Rasyid juga tak kurang hebatnya. Walaupun mereka tentera tetapi terbukti telah dilatih menganjurkan acara dan produksi dengan sempurna. Terima Kasih  Leftenan General Dato' Sri Zulkiflie Bin haji Kassim (PMTD) dan pasukan ATM kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menghiburkan semua tetamu termasuk Sultan Pahang, Raja Muda dan kerabat diraja Kedah.

Persembahan berakhir pada jam 11 malam.

Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

#wedding #royalshow #weddingliveband #perkahwinan  #diraja #SultanPahang #GhazalKualaLumpur #Tradisional #Kebudayaan #Kesenian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERSEMBAHAN MUZIK GHAZAL DAN ASLI SEMASA MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR SELANGOR YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI

 Pada 17, 20, 22, 25 Mac dan 1 April 2024, Menteri Besar Selangor telah mengadakan majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh berbagai la...