Perbezaan Muzik Live Band Ghazal, Live Band Band Unplugged, Live Band Multicultural 1Malaysia Siri 3 (Samb)

Kumpulan Muzik Unplugged

Seterusnya saya akan menerangkan mengenai Kumpulan Muzik Unpugged pula. Sebagaimana sebelum ini tentang jenis kumpulan muzik yang lain, saya akan jelaskan seperti berikut.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik

Kumpulan Muzik Unplugged Anjung Tradisi terdiri daripada alatan muzik yang pada asasnya tidak menggunakan elektrik seperti flute, violin, gitar akustik, bass akustik, piano dan set cajun. Cuma piano sahaja yang kami gantikan dengan keyboard yang hanya mennggunakan bunyi piano. Ini adalah kerana kerana untuk membawa piano ke atas pentas akan melibatkan kos yang tinggi. Kumpulan muzik sebegini amat sesuai untuk majlis makan malam, perkahwinan eksklusif dan majlis rasmi. Memang ada penganjur yang meminta kami menyediakan kumpulan muzik sebegini oleh kerana VVIP yang hadir mahukan bunyi muzik yang tidak terlalu bising. Dengan tujuan supaya jemputan VVIP ini dapat berbicara dengan rakan tanpa gangguan daripada muzik yang kuat.

Cara muzik dan stail dimainkan adalah secara sederhana. Yang mana rentak muzik yang dimainkan akan dilakukan secara perlahan sahaja. Kebiasaannya kami akan menyerahkan kepada sound engineer untuk menentukan volume muzik yang bersesuaian  dalam majlis. Kumpulan kami akan bermain secara santai sahaja.

Senarai lagu pula adalah pelbagai. Kumpulan kami memang versatil untuk memainkan apa sahaja lagu popular semasa tempatan dan antarabangsa. Cuma jika ada lagu lagu terkini yang diminta oleh penganjur. Kumpulan kami memerlukan sedikit masa untuk menulis dalam bentuk notasi muzik terlebih dahulu. Ahli muzik kumpulan muzik anjung tradisi memang terlatih secara formal dalam bidang muzik. Oleh itu tidak menjadi masalah kepada kumpulan kami untuk memainkan lagu apa sahaja atas permintaan.


Sila KLIK SINI Untuk melihat penerangan ringkas Pakej Persembahan Live Band dan Kebudayaan yang kami tawarkan.

Kumpulan kesenian Anjung Tradisi ditubuhkan pada tahun 1999 dengan 8 orang ahli sepenuh masa. Sejak itu kerap mengadakan persembahan kesenian muzik dan tarian di sekitar Lembah Kelang bagi memeriahkan majlis perkahwinan, Acara rasmi, makan malam, majlis berbuka puasa, Rumah Terbuka Hari raya dan persembahan di restoran dan hotel terkemuka untuk jabatan kerajaan, syarikat multinasional dan berbagai acara yang dianjurkan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa. Antara syarikat dan badan yang pernah menggunakan khidmat anjung tradisi ialah Sapura Kencana, Petronas Dagangan, Prudential, MHDC, MAMPU, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Lebuh raya Malaysia dan banyak lagi.

Sila KLIK SINI untuk lihat Pakej Persembahan Tarian Kami.

Kini kumpulan ini terdiri daripada 10 ahli muzik tradisional dan moden tetap dan 15 ahli muzik jemputan (Ghazal, Gamelan, Caklempong, Keroncong, Band Kombo, Band Unplugged, Kompang, Percussion 1 Malaysia dan Band Multiracial 1Malaysia). Manakala untuk tarian pula terdiri daripada 2 Koreografer, 20 penari dewasa sepenuh masa dan 10 penari kanak-kanak. Ahli kumpulan ini berkeupayaan untuk membuat persembahan tradisional dan moden dalam berbagai genre dan repertoire persembahan tempatan dan antarabangsa. Ahli muzik dan penari Anjung Tradisi merupakan penggiat yang terlatih dan profesional serta majoritinya mempunyai kelulusan ijazah seni muzik dan tari daripada IPTA dan IPTS.


Sila KLIK SINI untuk lihat Senarai Pakej Live Band Kami.

Antara kejayaan terbesar ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kini kumpulan ini sudah mula mengorak langkah menerima tempahan persembahan kesenian di luar Lembah Kelang pula seperti di Seremban, Melaka, Johor, Kuantan dan Ipoh.

Khidmat kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini boleh diperoleh dengan cara berikut.

Bahizal Abu Bakar

Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi
Whatsapp : 0132674462
E-mel : AnjungTradisi@gmail.com
Blog : www.anjungtradisi.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/anjungtradisi
Twitter : www.twitter.com/anjungtradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANJUNG TRADISI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2024!!!!

 Kumpulan kesenian anjung tradisi, (Ghazal, Tarian dewasa, Tarian kanak kanak, Gamelan, Multicultural band, Live Band) ingin mengucapkan sel...