LATARBELAKANG DR. BAHIZAL ABU BAKAR
Merupakan graduan seni muzik Akademi
Seni Kebangsaan pada tahun 2002 dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Seni
Kreatif di ASWARA pada tahun 2016 dan memperoleh Phd UPSI pada tahun 2022. Pernah berkhidmat di Istana Budaya pada
tahun 2002 - 2014, menguruskan banyak Konsert seperti Melodi Emas Ahmad
nawab, Simfoni Layar Perak, Konsert Diraja Kedah, Koir Kebangsaan Bel Canto,
Simfoni Rakyat Malaysia, Konsert Nur dan Konsert Kasih. Menjadi Pengarah
Persembahan untuk Konsert Mini Keamanan bersama Applehill Quartet USA, Konsert
Evolusi Muzik Malaysia OSK, Irama Tanah Pusaka ke 2 dan Konsert Untukmu
Palestin pada Januari 2009. Beliau juga pernah menjalani latihan di National Theater
Of Korea pada tahun 2007. Pada masa yang sama turut membuat pemerhatian
terhadap Orkestra Tradisional Korea bagi tujuan penubuhan Orkestra Tradisional
Malaysia. Pada waktu itu juga beliau turut beri kepercayaan sebagai pengarah
muzik untuk Konsert Echoes Of Universe dan Silk Road semasa beliau berada
di Korea.
Selepas itu beliau turut pernah diberi
kepercayaan untuk menjadi pengarah persembahan di konsert OTM Malaysian
Diversity di Dewan Filharmonik Petronas (2011), pengarah muzik di Konsert
Bahasa Terindah di Esplanade Singapura (2012) dan Konsert Sulaman Warisan
(2013). Beliau telah menerbitkan buku Pengurusan Konsert Panduan dan Amalan
(2011) dan pada tahun 2018 juga telah menerbitkan lagu dan video muzik Memori
Cinta Suci nyanyian Jamilah Abu Bakar. Sejak tahun 2014 beliau berkhidmat pula di
ASWARA yang mana kini beliau merupakan
penolong pendaftar di Pusat Pengajian Pascasiswazah. Beliau juga
merupakan pensyarah muzik sambilan di UiTM dan City University sejak tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau melanjutkan
pengajian di peringkat PHD dalam bidang Ethnomusicology
di bawah penyeliaan Prof. Madya Clare Chan Suet Ching dan Prof. Zaharul
Lailiddin Saidon di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pada tahun 2020,
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya melalui Istana Budaya telah melantik
beliau sebagai perunding/penyelidik/pakar peralatan muzik tradisional bagi
penerbitan manual alat muzik Orkestra Tradisional Asia (ATO).